Youtube Teacher

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, staff Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Youtube Teacher kepada para peserta cilik sekolah rendah. Objektif utama kelas ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan penggunaan Youtube sebagai rujukan bagi membuat DIY. Para peserta diberi tugasan untuk membuat penanda buku menggunakan beberapa bahan dan menjadikan Youtube sebagai guru untuk rujukan dalam menyiapkan tugasan tersebut.

Antara bahan yang diberikan kepada para peserta ialah kotak, kertas berwarna, surat khabar, straw, gam, dan gunting. Para peserta dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi menyiapkan tugasan tersebut. Diharapkan kelas sebegini dapat meningkatkan lagi kreativiti para peserta cilik kita sekaligus dapat memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali